assalamualaikum !
lamanya tak blogging.sumpah busy gila sekarang.
nak online pun tak mampu , fuh !
SEM 3 DAH NAK HABIS ?! cepat gila masa berjalan sekarang.. fuhhh..
budak foodtech intake dec 2011 skrg dah tinggal berapa ketul je dah. pasni kalau ada yang gi fast track,
hambar lah kelas :'(
tak nak ada lagi budak yang kena dismiss sem ni. tolong lah ya Allah :'(
drpd 44 org sekarang tggl 21 orang je.. mana yang lain pergi ? hmm... sedihnya.
kalau boleh orang orang yang rapat tak mahu la hilang lagi lepas ni .
apa yang telah dilakukan sepanjang semester 3 ? fuhh banyak pengalaman baru kitorang dapat.
antara pengalaman yang paling hebat ialah jadi AJK untuk uruskan event FOOD PRODUCT DEVELOPEMENT COMPETITION untuk senior part 5. kitorang budak part 3 kena uruskan A-Z event ni.
memang 1 cabaran jugak , tapi disebabkan kerjasama semua pihak Alhamdulillah semuanya lancar !
budak-budak kelas yang menjayakan event ni ! thanks korang !! :)
selain tu , masa awal tahun , kitorang raikan birthday kak jun yang ke 25 .. best dan mencabar.
sebab takut surprise tak menjadi . haha. tapi Alhamdulillah menjadi XD
sebelum birthday girl sampai...
hahaha dua budak depan ni masuk air ! thanks kat budak part 2 yang join sekali . sayang kamu semua ! XD
semester ni takde tangkap gambar kelas , sebab tah. macam malas je ... and permintaan pun tak tinggi . ada 2 3 orang je yang nak . so , kena ikut suara majoriti .
semester depan , kitorang part 4 bakal berhadapan ngan 1 lagi cabarannnnn . iaitu kena uruskan annual dinner untuk budak part 5 , dengar cerita kali ni grand gilaaa. nak buat kat PD , hotel selesa beach resort 3hari 2malam.
amboiii~ hebat bunyik dia.. besar betul amanah yang diberi untuk kitorang.
Rabbi Yassir Wala Tuassir ya Karim ! ameen.
HKR iaitu kelas pengurusan rumah tangga dah pun berakhir. last sekali kena hafal surah al kahfi 1-10..
sem depan dah takde koko da.. hee.
ustaz pun ada bagi sikit nasihat .. memang sangat berguna nasihat tu.. alhamdulilah dapat banyak ilmu dari
kelas tu .. :)
dah nak dekat study week , masa tulah kerja bertimbun-timbun.dengan test ada 5 dlm masa 3 hari.
rasa give up pn ada..nangis2 sorang2 dlm bilik sbb tak sanggup dah hehe..ngade je lebih..
haaa. lagi 1 ktorang wat shortfilm english.and saya jadi editor utk shortfilm group saya.
poster shortfilm kitorang XD
12mac- bel 311(english)
15mac- ctu 211(islam in civilization)
17mac- csc 134(comp&info processing)
19mac- fst 307(food nutrition)
23mac- fst 209(food engineering)
28mac- chm 256(analytical chem)
31mac- mic 204(food microbiology)
ini lah dia jadual final exam ! fuhhhhhhh... 7 paper dan paling best start paling awal , habis paling lambat.
grrrrrrrrrrr... tak penah merasa balik awal hmm..
final dah nak start , sekarang ni dah study week.. hope saya akan amek peluang ni untuk study betul2 untuk naikkan pointer amin..
"ya Allah kurniakanlah aku jodoh yang baik , yang mampu membimbingku ke syurga Mu ya Allah. Ya Rahman ya Rahim , kau jadikan lah aku anak yang solehah, ya Allah, jadikanlah aku pelajar yang cemerlang yang senang menerima ilmuMu dan sentiasa taat kepada suruhanMu."
amin amin ya rabbal alamin..
GOODLUCK KEPADA SEMUA PELAJAR IPT YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER.
jangan tinggal solat.jangan lupa baca al Quran.doa banyak2.
*peringatan untuk diri sendiri*
insyaAllah Allah permudahkan urusan kita dunia dan akhirat.ameen.
lepas habis exam , saya join jadi AJK pertandingan wajadiri silat cekak Malaysia.
insyaALLAH..assalamualaikum...
FINAL ASSAULT










